Campaign GRID
Sistem kempen pilihan raya negeri

Bilik gerakan kempen. Untuk satu kerusi, atau seluruh negeri.

Analisis PDM, kerja lapangan, kelulusan, perbelanjaan dan malam mengundi dalam satu sistem. Setiap orang dalam pasukan nampak bahagian mereka, dan hanya itu.

Demo menggunakan kerusi N.44 Larkin dengan data rekaan. Akses diberikan oleh Katalys Media.

N.44 Larkin · 23 PDM · fokus setiap PDM
DATA PDM
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
Pujuk Kukuhkan Keluar mengundi

Fokus dikira daripada margin undi setiap PDM.

Johor · N.01 hingga N.56 · liputan rumah
ILUSTRASI
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
Bawah 40% 40 hingga 70% Atas 70%

Dalam pembangunan: ibu pejabat akan nampak semua kerusi, dan setiap pasukan kerusi hanya kerusi sendiri.

7
peranan, setiap satu dengan skrin sendiri
5
laporan kehadiran setiap saluran pada hari mengundi
RM100,000
had perbelanjaan DUN, dijejak dari tarikh warta
0
rekod daftar pemilih diimport
01 · Peranan

Satu kempen. Setiap orang nampak kerjanya sendiri.

Pilih peranan untuk melihat apa yang orang itu nampak dalam demo Larkin. Untuk mencuba sendiri, minta akses demo.

Pengurus Kempen
Halaman pertama
Pusat Arahan, semua 23 PDM
Boleh
  • Luluskan atau tolak permohonan kempen
  • Tetapkan sasaran penyokong setiap PDM
  • Lihat buku perbelanjaan berbanding had
Tidak nampak
  • Kemasukan angka malam mengundi (lihat sahaja, supaya ada satu sumber angka)
Ketua PDM
Halaman pertama
Pusat Arahan, PDM sendiri sahaja
Boleh
  • Urus kenalan, penempatan dan tugasan PDM sendiri
  • Daftar pusat mengundi dan saluran
  • Masukkan kehadiran dan undi tidak rasmi pada hari mengundi
Tidak nampak
  • Data PDM lain
Calon
Halaman pertama
Jadual kempen dan ringkasan harian
Boleh
  • Lihat jadual, acara dan peta
  • Baca ringkasan harian yang boleh dicetak
Tidak nampak
  • Telefon dan emel kenalan
  • Kerja lapangan dan kemasukan data
Ejen Pilihan Raya
Halaman pertama
Pusat Arahan
Boleh
  • Luluskan permohonan dan kandungan
  • Rekod perbelanjaan dan muat naik resit
  • Ubah tetapan kempen: calon, parti, tarikh
Tidak nampak
  • Log aktiviti (pentadbir sahaja)
Koordinator
Halaman pertama
Kandungan dan pertanyaan media
Boleh
  • Tulis draf kandungan untuk disemak
  • Jawab pertanyaan media sebelum tarikh akhir
  • Kerja lapangan di telefon
Tidak nampak
  • Meluluskan kandungan
PACABA
Halaman pertama
Tugas Saya, satu skrin sahaja
Boleh
  • PA: kehadiran pengundi mengikut slot jam
  • CA: kiraan undi tidak rasmi saluran
  • BA: senarai jemputan pengangkutan
Tidak nampak
  • Semua skrin lain. Akaun tamat 06:00 hari selepas mengundi
Demo

Minta akses demo

Akses demo diberikan oleh Katalys Media. Hubungi kami untuk butiran log masuk.

Sudah ada akses? Log masuk

02 · Aliran kempen

Empat babak, satu sistem.

A

Sebelum

  • Analisis setiap PDM daripada keputusan PRN15 dan PRN16
  • Fokus PDM: pujuk, kukuhkan atau keluar mengundi
  • Peta kawasan PDM dengan sekolah, masjid dan dewan
B

Semasa

  • Lapangan di telefon: rumah diziarahi, penyokong disahkan
  • Tugasan, acara dan penempatan pasukan
  • Giliran kelulusan dan ringkasan harian kepada calon
C

Hari mengundi

  • Kehadiran setiap saluran pada 09, 11, 13, 15 dan 17
  • Undi TIDAK RASMI daripada ejen mengira
  • Jemputan pengangkutan oleh petugas barung
D

Selepas

  • Eksport semua rekod ke CSV
  • Kunci sistem supaya tiada perubahan lagi
  • Padam telefon kenalan 90 hari selepas mengundi
03 · Pakej

Mula dengan kerusi anda. Luaskan ke seluruh negeri.

Satu kerusi

Untuk pasukan calon DUN

Harga untuk satu kerusi, satu pilihan raya, dimaklumkan semasa taklimat
Sedia pada hari pertama
  • Data PDM, keputusan PRN15 dan PRN16, dan fokus setiap PDM
  • Peta kawasan PDM (anggaran)
  • Akaun pasukan dengan peranan dan 2FA
  • Panduan Bahasa Melayu untuk setiap peranan
Minggu 1 · data dan akaun Minggu 2 · latihan Penamaan calon · lapangan aktif
Seluruh negeri · Dalam pembangunan · rintis

Untuk bilik gerakan negeri

Harga ikut bilangan kerusi. Pakej ini sedang dibina bersama pelanggan rintis.
Semua dalam pakej satu kerusi, dan akan merangkumi
  • Papan semua kerusi: liputan, sasaran, kelulusan tertunggak
  • Perbelanjaan setiap kerusi berbanding had masing-masing
  • Malam mengundi: setiap kerusi akan melapor ke ibu pejabat, berlabel TIDAK RASMI
  • Kerusi akan diasingkan; akses merentas kerusi untuk peranan negeri sahaja
Rintis · 3 kerusi Semak bersama Seluruh negeri
04 · Data

Data kempen anda kekal milik anda, dan tidak bocor.

Tiada daftar pemilih

Hanya angka agregat setiap PDM diimport: tiada daftar pemilih, nama atau IC pengundi, dan ujian automatik memastikannya kekal begitu. Kenalan yang pasukan anda masukkan sendiri dikosongkan 90 hari selepas mengundi.

2FA untuk peranan kanan

Pentadbir dan pengurus kempen wajib menggunakan aplikasi pengesah. Setiap perubahan dilog; telefon dan emel tidak pernah masuk log.

Rekod, bukan nasihat

Buku perbelanjaan merekod setiap ringgit berbanding had RM100,000 (Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, s.19(1)(b)). Keputusan kekal pada ejen dan calon.

Selepas pilihan raya

Eksport penuh ke CSV, sistem dikunci, dan telefon kenalan dikosongkan 90 hari selepas mengundi.

Data awam, sumber dinyatakan

Keputusan lalu daripada ElectionData.MY, isi rumah daripada OpenDOSM, cuaca daripada MET Malaysia, peta daripada OpenStreetMap.